Assalamualaikum wbt dan salam berkenalan......
Bersyukur ke hadrat illahi dengan rahmatnya saya dan isteri tercinta dikurniakan dengan lima putera yang menjadi sumber inspirasi hidup ini . Dalam meniti kehidupan yang penuh dengan pelbagai cabaran ini, saya tercari-cari jawapan.... dapatkah saya memikul amanah ini dengan baik. saya sentiasa berdebar-debar dan pelbagai persoalan terjah dibenak sanubari. Dengan perkembangan sains teknologi pada hari ini ... dapatkah saya menepis segala yang mungkar, mendidik putera-putera dengan jiwa islam, menyulami hari dengan ketenangan serta subur dengan sunnah rasulullah. Masyaallah... dari sehari ke sehari putera kami semakin membesar.... matanya, telinganya, mulutnya beriringankah dengan ajaranmu ya ALLAH! Sepetang saya dan isteri bermusyawarah, kami terpaku kami tekad sudah sampai masa untuk kami mengorak langkah mengubah kehidupan agar cahaya keislaman dalam diri anak-anak dapat dididik dan disulami setiap hari.
Alhamdulillah niat suci kami terlaksana apabila dengan tidak semena-mena rakan kami ingin menjual perniagaan tadika disebabkan oleh masalah pengurusan. Maka pada awal bulan Jun 2009 TADIKA BINTANG KHALIS menjadi tanggungjawab kami dalam menerapkan persekitaran Islam di kalangan warga bintang khalis.
Sunday, July 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment