Kepada : Semua muslimin dan muslimat yang dirahmati ALLAH
PENAJAAN KELAS AL QURAN BESTARI TBK
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang
ASSALAMU ’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
SEGALA puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-sahabat baginda.
Semoga kehidupan tuan/puan dalam keredhaan ALLAH s.w.t. dan sentiasa mendapat keberkatan dan perlindungan Yang Maha Kuasa. Dengan kesempatan ini Pihak pengurusan Tadika Bintang Khalis (TBK) mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudiaan tuan/puan menghulurkan sedekah dengan menaja kelas al quran.
Walaubagaimanapun, pihak TBK masih mengalu-alukan kepada mana-mana individu yang berminat untuk menaja kelas al-quran. Sekiranya berminat
Hubungi talian 012 9878241/018 9078085 / 019 9811370
TBK mengambil peluang ini untuk memberi ruang kepada masyarakat bagi menyuburkan lagi amalan Sadaqah Jariah (amal jariah) yang amat digalakkan dalam Islam. Sesungguhnya amal jariah merupakan satu amalan yang mulia yang wajar direbut fadhilatnya bukan sahaja sewaktu hidup di dunia ini malah menjadi penolong di alam akhirat nanti.
Merujuk pada pengertian istilah jariah itu sendiri, ia membawa maksud "mengalir" yang menggambarkan bahawa seseorang yang beramal jariah akan berterusan menerima pahala meskipun telah kembali ke alam akhirat.
Dalam konteks ini, amal jariah dapatlah diumpamakan sebagai aliran sungai yang terus mengalir ke laut, tidak putus-putus dan tidak juga kering. Kelebihan amal jariah ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW menerusi sebuah hadis dengan marhumnya,
"Apabila seorang anak adam meninggal dunia, maka terputuslah amalnya kecuali
tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang
mendoakan orang tuanya". (Riwayat Muslim)
Sesungguhnya terdapat banyak hadith lain yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w mengenai kebaikan sifat bersedekah ini, di antaranya ialah :
Ertinya ….
“Ada dua budi pekerti yang dicintai oleh Allah s.w.t. , iaitu akhlak yang baik serta pemurah. Juga ada dua budi pekerti yang dibenci oleh Allah s.w.t. iaitu akhlak yang buruk dan bakhil. Apabila seseorang hamba itu dikehendaki oleh Allah menjadi orang baik, maka orang tersebut digunakan oleh Allah (sebagai jalan) untuk memenuhi keperluan orang ramai.” (diriwayatkan oleh Abu Mansur Dailami)
Sabda s.a.w. lagi :
Ertinya ……
“Sesungguhnya orang yang pemurah itu dekat pada Allah, dekat pula pada manusia dan dekat pada syurga, jauh dari neraka. Sesungguhnya orang yang bakhil itu jauh dari Allah, jauh dari manusia dan jauh dari syurga, tetapi dekat pada neraka. Seseorang yang bodoh yang pemurah itu lebih dicintai oleh Allah dari seorang alim yang pandai, tetapi bakhil. Penyakit yang paling parah adalah bakhil.”
Hasan bin Ali r.a. berkata :
“Yang disebutkan kemuliaan dan pemurah itu ialah memberikan bantuan untuk sesuatu kebaikan sebelum diminta…..”
Allah s.w.t. mengingatkan dengan firmanNYA :
Ertinya ….
“dan janganlah kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri.”
(Al-Baqarah: 237)
Kepada semua penaja yang dirahmati Allah,
Pihak pengurusan TBK mengadakan kelas al Quran Bestari pada setiap hari Ahad hingga Rabu bermula jam 7 hingga 9 malam.
sinopsis silibus adalah seperti berikut :
1. wudud
2. latihan mengazan dan menjawab azan
3. qamat
4. tata tertib solat
5. bacaan dalam solat
6. wirid-bacaan selepas solat
7.. bacaan iqra’ dan al quran
8. bacaan tajwid dan latihan
9. zikir, istigfar dan selawat
10. asma ul husna
Seperti yang semua maklum bahawa setiap insan di muka bumi ini, mempunyai
takdir hidup yang berbeza-beza. Terdapat segelintir daripada kita yang menerima
rezeki yang melimpah manakala sebahagian yang lain diuji oleh Allah swt dengan
kesempitan, kesusahan dan musibah. Sehubungan dengan itu, TBK sekali lagi mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada yang sudi memberi penajaan kelas quran yang sedikit sebanyak dapat membantu golongan tersebut.
Moga-moga dengan amalan sedekah ini sedikit sebanyak dapat membantu melahirkan insan yang celik al quran, insyaallah kita bukan sahaja akan menikmati hasil pahala dan keberkatannya bahkan akan meningkatkan lagi keteguhan akidah dan taqwa kita terhadap Allah SWT.
Sekian. Wabillahi Taufiq Wassalamu ‘alaikum Warah matullahi Wabarakatuh.
Dari Pengerusi TBK
Sunday, November 29, 2009
Saturday, November 28, 2009
Program Cuti Sekolah 2009
Alhamdulillah tahun ini TBK mengatur pelbagai aktiviti menarik untuk program cuti sekolah dengan tema CERDASKAN MINDA MANTAPKAN ROHANI bermula 1 december 2009.
Antara aktiviti adalah seperti berikut :
* motivasi * tilawah * asas tajwid * latihan imam muda * latihan khalifah kecil
* irama alunan islam * lawatan sambil belajar * pengukuhan akademik * ceria kuiz TBK
Maklumat lanjut hubungi :
Hajjah Puan Noor : 019 9811370 / 018 9078085
Puan Aida Suryati : 012 9878241
Antara aktiviti adalah seperti berikut :
* motivasi * tilawah * asas tajwid * latihan imam muda * latihan khalifah kecil
* irama alunan islam * lawatan sambil belajar * pengukuhan akademik * ceria kuiz TBK
Maklumat lanjut hubungi :
Hajjah Puan Noor : 019 9811370 / 018 9078085
Puan Aida Suryati : 012 9878241
Wednesday, November 18, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)











