SeLAmAt DatAnG Ke TaDiKa BiNtanG KHaliS

TADIKA BINTANG KHALIS (TBK)
LOT 30 LORONG HJ JAAFAR
JALAN HUSM KUBANG KERIAN
16150 KOTA BHARU KELANTAN


018 9078085 / 012 9878241 / 019 9811370

Friday, December 4, 2009

PeNDafTARan SeSI 2010 Di BUka SeKAraNG

PRomOsi ! PRomOsi ! PRomOsi ! PRomOsi !
SESI 2010
PENDAFTARAN DI BUKA SEKARANG bagi perkhidmatan berikut :
Pra Persekolahan
Tadika
Transit
Kelas Al Quran Bestari
Kelas Al Quran Dewasa
Kelas Mental Arithmetic
Penjagaan Malam
HUBUNGI KAMI DI TBK : PROMOSI HEBAT MENANTI ANDA

Thursday, December 3, 2009

Pendedahan Ilmu Sains Di TBK


Kaedah pembelajaran secara amali memupuk
perasaan seronok mempelajari ilmu sains dan
disamping menyayangi setiap makhluk
ciptaan ALLAH !

MeMUpuK SEmAnGaT KESUKANAN TBK



Salah satu daripada aktiviti sukan yang
dipertandingkan pada hari SUKAN TBK

Sukan ini diadakan di padang TBK
Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan

PeLBaGAi AKtivITI Di TAdikA BInTAnG KHaliS


Persediaan menyambut hari sukan TBK.
Semua kanak-kanak terlibat termasuk kanak-kanak
yang berumur 1 tahun. TBK mementingkan suasana
persekitaran yang ceria, seronok dan gembira.





Sunday, November 29, 2009

Kepada : Semua muslimin dan muslimat yang dirahmati ALLAH

PENAJAAN KELAS AL QURAN BESTARI TBK

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang

ASSALAMU ’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SEGALA puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-sahabat baginda.

Semoga kehidupan tuan/puan dalam keredhaan ALLAH s.w.t. dan sentiasa mendapat keberkatan dan perlindungan Yang Maha Kuasa. Dengan kesempatan ini Pihak pengurusan Tadika Bintang Khalis (TBK) mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudiaan tuan/puan menghulurkan sedekah dengan menaja kelas al quran.

Walaubagaimanapun, pihak TBK masih mengalu-alukan kepada mana-mana individu yang berminat untuk menaja kelas al-quran. Sekiranya berminat
Hubungi talian 012 9878241/018 9078085 / 019 9811370

TBK mengambil peluang ini untuk memberi ruang kepada masyarakat bagi menyuburkan lagi amalan Sadaqah Jariah (amal jariah) yang amat digalakkan dalam Islam. Sesungguhnya amal jariah merupakan satu amalan yang mulia yang wajar direbut fadhilatnya bukan sahaja sewaktu hidup di dunia ini malah menjadi penolong di alam akhirat nanti.

Merujuk pada pengertian istilah jariah itu sendiri, ia membawa maksud "mengalir" yang menggambarkan bahawa seseorang yang beramal jariah akan berterusan menerima pahala meskipun telah kembali ke alam akhirat.

Dalam konteks ini, amal jariah dapatlah diumpamakan sebagai aliran sungai yang terus mengalir ke laut, tidak putus-putus dan tidak juga kering. Kelebihan amal jariah ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW menerusi sebuah hadis dengan marhumnya,

"Apabila seorang anak adam meninggal dunia, maka terputuslah amalnya kecuali
tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang
mendoakan orang tuanya". (Riwayat Muslim)

Sesungguhnya terdapat banyak hadith lain yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w mengenai kebaikan sifat bersedekah ini, di antaranya ialah :

Ertinya ….
“Ada dua budi pekerti yang dicintai oleh Allah s.w.t. , iaitu akhlak yang baik serta pemurah. Juga ada dua budi pekerti yang dibenci oleh Allah s.w.t. iaitu akhlak yang buruk dan bakhil. Apabila seseorang hamba itu dikehendaki oleh Allah menjadi orang baik, maka orang tersebut digunakan oleh Allah (sebagai jalan) untuk memenuhi keperluan orang ramai.” (diriwayatkan oleh Abu Mansur Dailami)

Sabda s.a.w. lagi :
Ertinya ……
“Sesungguhnya orang yang pemurah itu dekat pada Allah, dekat pula pada manusia dan dekat pada syurga, jauh dari neraka. Sesungguhnya orang yang bakhil itu jauh dari Allah, jauh dari manusia dan jauh dari syurga, tetapi dekat pada neraka. Seseorang yang bodoh yang pemurah itu lebih dicintai oleh Allah dari seorang alim yang pandai, tetapi bakhil. Penyakit yang paling parah adalah bakhil.”

Hasan bin Ali r.a. berkata :
“Yang disebutkan kemuliaan dan pemurah itu ialah memberikan bantuan untuk sesuatu kebaikan sebelum diminta…..”

Allah s.w.t. mengingatkan dengan firmanNYA :
Ertinya ….
“dan janganlah kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri.”
(Al-Baqarah: 237)
Kepada semua penaja yang dirahmati Allah,

Pihak pengurusan TBK mengadakan kelas al Quran Bestari pada setiap hari Ahad hingga Rabu bermula jam 7 hingga 9 malam.
sinopsis silibus adalah seperti berikut :
1. wudud
2. latihan mengazan dan menjawab azan
3. qamat
4. tata tertib solat
5. bacaan dalam solat
6. wirid-bacaan selepas solat
7.. bacaan iqra’ dan al quran
8. bacaan tajwid dan latihan
9. zikir, istigfar dan selawat
10. asma ul husna

Seperti yang semua maklum bahawa setiap insan di muka bumi ini, mempunyai
takdir hidup yang berbeza-beza. Terdapat segelintir daripada kita yang menerima
rezeki yang melimpah manakala sebahagian yang lain diuji oleh Allah swt dengan
kesempitan, kesusahan dan musibah. Sehubungan dengan itu, TBK sekali lagi mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada yang sudi memberi penajaan kelas quran yang sedikit sebanyak dapat membantu golongan tersebut.

Moga-moga dengan amalan sedekah ini sedikit sebanyak dapat membantu melahirkan insan yang celik al quran, insyaallah kita bukan sahaja akan menikmati hasil pahala dan keberkatannya bahkan akan meningkatkan lagi keteguhan akidah dan taqwa kita terhadap Allah SWT.

Sekian. Wabillahi Taufiq Wassalamu ‘alaikum Warah matullahi Wabarakatuh.

Dari Pengerusi TBK

Saturday, November 28, 2009

Program Cuti Sekolah 2009

Alhamdulillah tahun ini TBK mengatur pelbagai aktiviti menarik untuk program cuti sekolah dengan tema CERDASKAN MINDA MANTAPKAN ROHANI bermula 1 december 2009.

Antara aktiviti adalah seperti berikut :
* motivasi * tilawah * asas tajwid * latihan imam muda * latihan khalifah kecil
* irama alunan islam * lawatan sambil belajar * pengukuhan akademik * ceria kuiz TBK

Maklumat lanjut hubungi :
Hajjah Puan Noor : 019 9811370 / 018 9078085
Puan Aida Suryati : 012 9878241

Wednesday, November 18, 2009

FoTO ! FoTO !

Mari Mengeja bersama Teacher Ja
Aktiviti di bulan ramadhan : Sembang .... Sirah Nabi

Makan-makan di PCB Kelantan : Kenyang Perut Senang Hati !

Bertanggungjawab dan saling tolong menolong : mengemas selepas solat

Menyuntik Semangat Patriotik: Aktiviti mewarna bendera Malaysia










HaVE FuN KiDS !!!



Aktiviti Senaman





Memupuk minat dalam bidang sains ... kecil-kecil cili padi











Main Jan Jan Jala Semasa
Lawatan Ke PCB Kelantan







Aktiviti Hari Kemerdekaan







HOOray !








Memupuk Kerjasama








Belajar Mengira !!!








Memupuk Semangat Kesukanan




Wednesday, July 8, 2009

FOTO GALERI




Sambutan Hari Lahir 2008


Syukur saya panjatkan kerana dengan izinNYA pelbagai aktiviti dapat dijalankan dan jutaan terima kasih kepada teacher Aida, teacher Ja, teacher Zom dan teacher Izan dengan kesabaran kalian segala aktiviti dapat dilaksanakan dengan lancar.








Sunday, July 5, 2009

PENGURUSAN TBK

Alhamdulillah dengan izinnya saya membuat beberapa perubahan agar pengurusan TBK berjalan lancar...sesungguhnya sebagai hambanya saya hanya merancang ALLAH menentukan segala-galanya. Saya panjatkan doa agar perancangan ini diberkati oleh mu YA ALLAH !

Saya selaku pengerusi TBK mengharapkan semua warga TBK menjalankan amanat ini dengan ikhlas. Sebagai hamba yang kerdil dan serba kekurangan pengurusan TBK telah dibantu oleh isteri tercinta sebagai pengurus yang sentiasa berada disisi sewaktu susah dan senang .... dan hanya ALLAH sahajalah yang dapat memudahkan segala yang sukar. Ya ALLAH yang maha Kuasa, kami juga dibantu oleh rakan karib yang sewaktu dulu bersama-sama berpeluang menjadi tetamu mu YA ALLAH pada 2006. Beliau membantu mengurus kelas al-quran kanak-kanak dan dewasa.

TBK juga diuruskan oleh Teacher Aida Suryati Bt Ismail sebagai guru besar yang banyak merealisasikan impian kami dan guru-guru serta mua'lim yang setia bersama kami iaitu Teacher Norliza bt Samsudin, Teacher Haizom bt Ismail, Teacher Rosmalizan bt Ali serta Ustaz Haikal dan Ustaz Firdaus.

SEJARAH PENUBUHAN TBK

Assalamualaikum wbt dan salam berkenalan......

Bersyukur ke hadrat illahi dengan rahmatnya saya dan isteri tercinta dikurniakan dengan lima putera yang menjadi sumber inspirasi hidup ini . Dalam meniti kehidupan yang penuh dengan pelbagai cabaran ini, saya tercari-cari jawapan.... dapatkah saya memikul amanah ini dengan baik. saya sentiasa berdebar-debar dan pelbagai persoalan terjah dibenak sanubari. Dengan perkembangan sains teknologi pada hari ini ... dapatkah saya menepis segala yang mungkar, mendidik putera-putera dengan jiwa islam, menyulami hari dengan ketenangan serta subur dengan sunnah rasulullah. Masyaallah... dari sehari ke sehari putera kami semakin membesar.... matanya, telinganya, mulutnya beriringankah dengan ajaranmu ya ALLAH! Sepetang saya dan isteri bermusyawarah, kami terpaku kami tekad sudah sampai masa untuk kami mengorak langkah mengubah kehidupan agar cahaya keislaman dalam diri anak-anak dapat dididik dan disulami setiap hari.

Alhamdulillah niat suci kami terlaksana apabila dengan tidak semena-mena rakan kami ingin menjual perniagaan tadika disebabkan oleh masalah pengurusan. Maka pada awal bulan Jun 2009 TADIKA BINTANG KHALIS menjadi tanggungjawab kami dalam menerapkan persekitaran Islam di kalangan warga bintang khalis.