Alhamdulillah dengan izinnya saya membuat beberapa perubahan agar pengurusan TBK berjalan lancar...sesungguhnya sebagai hambanya saya hanya merancang ALLAH menentukan segala-galanya. Saya panjatkan doa agar perancangan ini diberkati oleh mu YA ALLAH !
Saya selaku pengerusi TBK mengharapkan semua warga TBK menjalankan amanat ini dengan ikhlas. Sebagai hamba yang kerdil dan serba kekurangan pengurusan TBK telah dibantu oleh isteri tercinta sebagai pengurus yang sentiasa berada disisi sewaktu susah dan senang .... dan hanya ALLAH sahajalah yang dapat memudahkan segala yang sukar. Ya ALLAH yang maha Kuasa, kami juga dibantu oleh rakan karib yang sewaktu dulu bersama-sama berpeluang menjadi tetamu mu YA ALLAH pada 2006. Beliau membantu mengurus kelas al-quran kanak-kanak dan dewasa.
TBK juga diuruskan oleh Teacher Aida Suryati Bt Ismail sebagai guru besar yang banyak merealisasikan impian kami dan guru-guru serta mua'lim yang setia bersama kami iaitu Teacher Norliza bt Samsudin, Teacher Haizom bt Ismail, Teacher Rosmalizan bt Ali serta Ustaz Haikal dan Ustaz Firdaus.
Sunday, July 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment